Ya, otak juga perlukan khasiat makanan sama seperti tubuh. Menurut kajian yang dilakukan amalan makan sayur-sayuran bukan sahaja baik untuk mencegah penyakit malahan turut membantu meningkatkan kecerdasan dan keupyaan otak. Golongan wanita mengambil sekurang-kurangnya lapan sajian sayuran berdaun hijau dan lima jenis sayuran lain seperti brokoli dan kubis setiap minggu akan mempunyai daya memori dan keupayaan berfikir jauh lebih baik dari mereka yang tidak memakan sayur.













