Tahukan anda bahawa makanan tidak hanya menghilangkan rasa lapar tetapi juga menjadikan badan lebih kebal daripada rasa sakit? Dari mana datangnya? Buah-buahan: anggur merah, lobak merah, tomato, strawberi, cranberi, buah dan sayur berwarna yang lain. Zat-zat tertentu di dalam buah dapat menstabilkan selaput sel sehingga menyebabkan ia kurang mengeluarkan komponen penyebab rasa sakit. Zat di dalam buah juga membantu mencegah kanser, penyakit jantung dan sebagainya. Sayuran hijau segar: brokoli, bayam dan sawi kaya dengan vitamin B Complex yang dapat melindungi saraf dari kerosakan penyebab rasa sakit dan menguatkan sistem kekebalan. Bijirin penuh: makanan jenis bijirin penuh seperti oat, roti penuh gandum dan beras merah mengandungi pelbagai zat termasuk vitamin B, magnesium dan serat. Magnesium berguna untuk meredakan otot-otot yang kejang. Serat pula mencegah sakit perut dan sembelit.













