Lelaki pada pandangan mata masyarakat dianggap sebagai insan yang kuat dan bertenaga baik dari segi mental, emosi mahu pun fizikal. Kajian yang dijalankan mendedahkan bahawa lelaki lebih mudah terdedah kepada stres berbanding wanita kerana tabiat makan yang buruk. Lingkungan stres yang biasanya dialami oleh lelaki datangnya dari kerja, keluarga, perhubungan, kesihatan dan pelbagai peristiwa hidup. Ada bukti yang menunjukkan bahawa stres lelaki berkaitan dengan sakit jantung, kolesterol tinggi, kurang melakukan aktiviti fizikal, merokok, pengambilan alkohol dan obesiti.













