Anda tentu pernah rasa berdebar dan cemas. Tetapi jika debaran berlebihan tentu memberi pengaruh buruk pada kesihatan diri anda. Malah, aktiviti seharian juga boleh turut terjejas. Cuba lakukan beberapa tip untuk mengurangkan rasa cemas anda. Isi perut. Jangan anda abaikan perut anda yang rasa kelaparan. Jika memang sudah sampai masanya untuk makan, segeralah isi perut dengan makanan karbohidrat (nasi/bijirin). Jangan biarkan ia kosong dan berkeroncong. Karbohidrat mempunyai zat serotin yang bersifat menenangkan, sekali gus dapat membantu mengurangkan rasa debaran dan cemas anda. Hilangkan dahaga. Dehidrasi boleh membuatkan anda mudah berasa cemas. Minum lebih banyak air terutamanya air putih. Kurangkan kafein. Hindari minuman berkafein seperti kopi. Kafein yang berlebihan di dalam tubuh boleh berkumpul di sistem saraf sehingga menyebabkan anda mudah gelisah, cemas dan panik. Bergerak. Lebih banyak anda bergerak, lebih banyak anda dapat membantu mengurangkan ketegangan dan rasa cemas. Tekanan darah tidak hanya berkurangan, otot-otot tubuh juga menjadi lebih relak.
Usir rasa berdebar.