Asma atau lelah ialah serangan sesak atau kesusahan bernafas beserta bunyi termengah-mengah didada. Ia menghasilkan siulan kerana penyempitan pada saluran cabang tenggorok di paru-paru. Asma terjadi apabila otot pada saluran udara yang menghubungkan hidung kepada paru-paru menjadi kejang. Ketika otot kejang, saluran udara mengecil dan menghalang pernafasan. Keadaan menjadi teruk apabila pesakit mempunyai kahak pekat yang menutup salur pernafasan menyebabkan udara susah keluar masuk. Apabila ini terjadi, paru-paru akan kekurangan udara dan pesakit boleh pengsan serta boleh menyebabkan kematian. Antara tanda lain ialah sukar hendak bernafas, terbatuk-batuk dan pernafasan menjadi pendek. Antara faktor yang boleh memburukkan asma ialah alahan kepada habuk rumah, bulu binatang, debungan rumput dan asap rokok. Terlalu banyak bersenam dan melakukan kerja-kerja juga memungkinkan mendapat asma. Begitu juga jika sering mengalami tekanan perasaan dan mendapat jangkitan paru-paru. Bagi mereka yang alah kepada ubat-ubatan seperti asprin dan penisilin, wajar berhati-hati kerana kemungkinan mendapat asma jika mengambil ubat berkenaan.
ASMA tiada ubat perlu dicegah.