Produk Wanita | Jom Beli

Troli Pembelian Anda

Your Cart is currently empty.

You are here: Utama Info Kesihatan Kurus tetapi sihat.

Kurus tetapi sihat.

Email
kurusJangan makan lebih dari sesenduk nasi untuk makan tengahari. Pengambilan secara berlebihan bermakna anda sedang meningkatkan kandungan gula dalam darah. Elakkan memilih lauk yang membuka selera anda. Sebaliknya pilihlah yang berkhasiat. Ingin kurus tetapi disertai dengan hidangan lazat seperti ayam goreng, sambal belacan dan kari daging, percayalah usaha anda hanya sia-sia. Mesti ambil buah-buahan. Lebih baik jika diambil sebelum anda memulakan hidangan berat. Jika anda bukan pengemar buah-buahan, gantikan dengan air putih. Jangan tidur atau berbaring selepas makan. Jika anda melakukannya juga, anda hanya membuatkan makanan tersekat ditengah-tengah usus dan ia tidak mungkin akan dapat di cernakan dengan baik. Jauhkan makanan ringan. Lupakan mitos tentang makanan masam yang mampu menguruskan anda dengan cepat. Kunyah makanan perlahan-lahan. Jangan ambil sebarang makanan tambahan tanpa nasihat doktor atau ahli farmasi. Bimbang ada di antara kandungan ubat-ubatan akan menambahkan selera anda untuk makan. Senaman baik untuk tubuh. Bagaimanapun lakukannya mengikut kemampuan diri. Gantikan snek makanan anda dengan makanan berzat. Elakkan makanan berminyak. Hentikan tabiat merokok dan pengambilan alkohol.