Produk Wanita | Jom Beli

Troli Pembelian Anda

Your Cart is currently empty.

You are here: Utama Info Kesihatan Pengambilan makanan tambahan.

Pengambilan makanan tambahan.

Email
suplementBagi individu yang mahu memulakan makan makanan tambahan, disaran mengambil multi vitamin dengan mineral dan mengandungi 400mg asid folik. Apabila selesa, barulah mengambil pil kalsium (penting untuk wanita khususnya), pil antioksidan seperti vitamin C dan E. Keperluan orang tua terhadap pengambilan makanan tambahan biasanya lebih banyak berbanding golongan muda kerana ramai mengalami masalah kesihatan. Bagi amalan kesihatan yang sihat, selain mengambil makanan tambahan anda perlu melakukan aktiviti sihat seperti bersenam dan mengelakkan kegiatan tidak elok misalnya merokok. Jika ingin mengetahui keperluan dan apakah makanan tambahan yang sesuai untuk diri anda, elok berbincang dengan doktor atau pakar pemakanan. Pil makanan tambahan boleh diambil sebelum, semasa atau selepas makan tetapi elakkan memakannya ketika perut kosong bagi memudahkan penyerapan. Lambakan pelbagai jenama mungkin menyukarkan pengguna membuat pilihan, Untuk lebih terjamin, pilih jenama mantap dan disokong kajian saintifik. Ia menandakan produk itu dihasilkan melalui kajian teliti dan boleh dipercayai. Pilih jenama yang turut mempamerkan manfaat atau kesan pil makanan tambahan itu pada label.