Produk Wanita | Jom Beli

Troli Pembelian Anda

Your Cart is currently empty.

You are here: Utama Info Kesihatan Rahsia Ramping Wanita Jepun.

Rahsia Ramping Wanita Jepun.

Email
kurus_wanita_jepunTabiat makan memang mampu mengubah diri apatah lagi jika rajin meneliti corak pemakanan yang diwarisi secara tradisional di pelbagai pelusok dunia. Antara tabiat makanan yang sering menjadi tumpuan adalah diet warisan masyarakat Asia khususnya di Jepun, China, Korea, Vietnam, Thailand dan India. Manakala di Eropah, cara tradisional pemakanan masyarakat Perancis turut menjadi perhatian. Buku 'Don't Get Old or Fat' menyelongkar petua di sebalik gaya gaya hidup wanita negara matahari terbit itu yang muda bertenaga. Dia bukanlah pengamal diet, tetapi rahsianya mudah saja, menikmati masakan rumah cara Jepun. Dia juga yakin jangka hayat hidup yang panjang dan kadar abesiti yang rendah dikalangan masyarakat Jepun banyak berkait rapat dengan jenis makanan yang di sediakan di rumah. Rahsia pertama. Makanan yang menjadi keutamaan termasuk ikan, soya, nasi, sayur-sayuran dan buah-buahan. Kedua, sajian makanan adalah kecil. Ketiga, sup miso menjadi sajian sarapan utama. Keempat, memasak secara sederhana. Kelima, nasi menggantikan roti. Keenam, hanya jamah makanan pencuci mulut. Ketujuh, wanita Jepun lazimnya tidak mengamalkan diet sebaliknya makan apa saja yang digemari dalam jumlah sedikit.