Tidak dinafikan, senaman dan aktiviti cergas adalah sesuatu yang amat sukar untuk dilakukan. Lebih-lebih lagi anda melakukannya (bersenam) kerana orang lain melakukannya. Akibat tidak mahu dikatakan ketinggalan, anda memaksa diri untuk melakukannya walaupun anda tidak suka. Perlu diingatkan, aktiviti cergas sangat bagus untuk fizikal dan mental anda. Tidak perlu bersusah payah memilih aktiviti yang orang lain buat, pilihlah apa sahaja perkara yang anda suka asalkan mampu membakar peluh. Sebagai contoh, anda boleh menyanyi sambil menari dengan diiringi muzik rancak, anda boleh mengayuh basikal dari rumah menuju ke pasar mini ataupun mengemas bahagian belakang rumah.
Lakukan Perkara Yang Anda Suka.