Berjemur di bawah matahari menjadi kegemaran bagi kebanyakkan masyarakat di barat. Di negara kita pun ada yang gemarkan acara seperti ini tetapi jumlahnya tidak besar kerana kepanasan di negara ini terlalu terik. Akibat daripada kegemaran ini menyebabkan sesetengah daripada mereka mengalami masalah tumbuh tanda-tanda seperti tahi lalat pada kulit. Tanda-tanda ini boleh mengakibatkan 'melanoma' iaitu sejenis kanser kulit yang ganas. Mereka yang menggunakan krim perlindungan cahaya matahari, kurang mengalami tanda-tanda itu. Namun begitu, menurut kumpulan penyelidikan, seseorang tidak boleh bergantung kepada krim semata-mata ketika berada di bawah matahari. Mereka juga perlu berlengan panjang, memakai topi dan berteduh.
Krim Perlindung Matahari Elak Kanser.