Ketawa penawar duka. Pelbagai manfaat kesihatan yang boleh didapati dengan ketawa. Ia melepaskan hormon endorfin dan menguatkan otot perut. Kajian mendapati 20minit ketawa sepuas-puasnya memberikan kesan yang sama umpama melakukan tiga minit latihan dengan 'rowing machine' . Jika tidak ada apa-apa yang boleh membuatkan anda ketawa, katakan sahaja 'hahahaha..' pada diri sendiri. Ketawa palsu juga boleh merangsangkan endorfin yang membuatkan anda lebih gembira.











