Tahukan anda mengambil makanan atau minuman tinggi gula akan meningkatkan berat badan anda dua kali ganda berbanding pengambilan makanan tinggi lemak. Pengambilan makanan tinggi gula dan rendah nutrein akan menjejaskan penyerapan mineral dan vitamin dalam badan. Bagi mengelakkan masalah kesihatan akibat pengambilan gula berlebihan, World Health Organization (WHO) mencadangkan kandungan gula pasir tidak seharusnya melebihi 10 peratus daripada jumlah kalori hidangan sehari. Kiraannya mudah sahaja. Wanita asia memerlukan 1600 kcal kalori sehari (seharusnya pengambilan gula tidak boleh melebihi 10 kcal kalori = 40 gram sehari).











