Kebanyakkan ibu mengandung akan risaukan hal ini. Jangan risau menjadi GEMUK ketika mengandung. Itulah lumrahnya. Paling tidak anda akan naik berat badan. Jangan risau untuk makan. Makan apa saja yang anda mahu tetapi elakkan makanan berminyak dan tinggi kolesterol. Apa yang boleh anda buat adalah makan secara kerap tetapi pilihlah snek yang ringkas dan sihat. Sebagai contoh, anda boleh mengambil kekacang tanpa garam atau buah-buahan kering. Anda boleh juga bawa bijirin segera ke pejabat yang mudah dibancuh.











