Sayur ini kaya dengan zat besi, kalsium, fosforus, sodium, potasium, vitamin a dan C dan niasin. Bagi mereka yang menghadapi masalah kulit yang berpunca daripada pengumpulan asid yang berlebihan dalam darah yang menyebabkan wujudnya masalah seperti jerawat, ekzema atau lebih dikenali sebagai kudis, asparagus merupakan jawapan yang tepat bagi mereka. Ini kerana kandungan alkali yang tinggi dalam jus asparagus boleh mengatasi masalah kulit.











