
Betik kaya dengan vitamin C, asid folik dan beta karotena. Oleh sebab itulah ia turut sesuai dijadikan sebagai minuman kesihatan iaitu jus. Oleh kerana rasanya manis tidak perlu dicampurkan gula jika anda benar-benar mementingkan kesihatan. Sesuai sekali dijadikan sebagai minuman diet setiap hari. Manfaaatnya ialah membantu meredakan sakit perut serta bersifat anti-oksidan yang membantu mengurangkan penyerapan bahan kimia penggalak darah. Untuk tujuan ini, pilihlah betik yang hampir masak dan elakkan terlalu masak.