Produk Wanita | Jom Beli

Troli Pembelian Anda

Your Cart is currently empty.

You are here: Utama Info Kesihatan Makanan Untuk Sihat

Makanan Untuk Sihat

Email
Sakit Kepala. Makanlah ikan dalam kuantiti yang kerap. Minyak ikan misalnya berkesan melawan sakit kepala. Selain itu, secawan teh halia mampu mengurangkan pening dan rasa sakit pada kepala. Demam. Amalkan secawan yogut atau minum madu asli setiap hari. Angin Ahmar. Secawan teh mungkin membantu. Teh menghalang pembentukan lemak di dinding aiteri. Teh yang paling baik ialah teh hijau. Tidak Boleh Tidur. Madu sangat membantu. Titikan sedikit di dalam gelas atau sapukan pada roti atau biskut ringan. Masalah Tulang. Nanas adalah pilihan bijak. Selain membantu mengatasi masalah tulang, nanas juga berupaya mengawal masalah tulang reput dan osteoporosis. Kanser Payu Dara. Banyakkan memakan gandum, bran, kobis kerana makanan ini membantu mengekalkan estrogen pada paras yang sepatutnya. Tekanan Darah Tinggi. Makanlah seleri dan minyak zaitun kerana ia mampu merendahkan tekanan darah.