Produk Wanita | Jom Beli

Troli Pembelian Anda

Your Cart is currently empty.

You are here: Utama Tip dan Petua Tips memilih kasut ke PEJABAT.

Tips memilih kasut ke PEJABAT.

Email
pejabatReka bentuk dan warna. Pemilihan haruslah berdasarkan jenis perkerjaan. Jika anda bekerja dalam sektor korporat atau kerajaan, elak kasut yang sarat dengan aksesori. Pilihlah warna gelap seperti hitam atau coklat gelap. Bagi mereka yang bekerja di dalam industri hiburan atau media, sesuaikan warna kasut dengan baju yang dipilih. Jangan terlalu berkreatif dengan warna-warna garang untuk ke pejabat sebaiknya biar sederhana. Keselesaan. Jika kerjaya anda perlu banyak bergerak, keselesaan adalah penting. Mahal bukan jaminan keselesaan. Ketika mencuba kasut, cuba berjalan santai beberapa langkah. Pastikan rasa selesa di kedua belah kaki terutamanya di bahagian tumit dan hujung jari kaki. Ini penting kerana potongan kasut adalah berbeza dan kedua bahagian ini paling berisiko untuk tercedera, melecur dan melepuh. Ketahanan. Kasut diperbuat dari 'material' yang baik adalah penting untuk tahan lebih lama. Selain itu, ketelitian pembuatan kasut itu juga menyumbang pada ketahanan kasut. Justeru, pastikan anda memeriksa dengan rapi setiap inci kasut dari tapak kepada jahitannya sebelum membeli kasut.