Produk Wanita | Jom Beli

Troli Pembelian Anda

Your Cart is currently empty.

You are here: Utama Tip dan Petua Cara mudah MENJAGA DIRI untuk lebih sejahtera.

Cara mudah MENJAGA DIRI untuk lebih sejahtera.

Email
menjaga_diriBanyak perkara yang perlu diberi keutamaan dalam hidup seseorang wanita. Menguruskan pasangan, anak-anak, rumahtanga, ketua, rakan-rakan, orang tua, kaum keluarga, jiran tetangga dan banyak lagi. Pekara ini semua memerlukan anda memperuntukkan banyak masa sehingga tidak punya masa untuk diri sendiri. Berikut ada enam cara mudah. Berikan keutamaan pada diri sendiri. Manjakan diri dengan melakukan perkara yang anda sukai. Abaikan setiap gangguan, tutup telefon bimbit anda dan katakan pada diri sendiri bahawa penting bagi anda untuk tidak melayan setiap gangguan yang datang. Buatkan catatan. Menulis tiga muka surat setiap hari dalam catatan peribadi adalah cara terbaik untuk merawat diri. Duduk dengan tenang, tulis segala apa yang terbuku dihati, luahkan perasaan yang anda alami ketika itu sehingga anda berasa puas dan lega. Tanyakan pada diri 'apa yang saya inginkan sebenarnya'. Kaji setiap masalah sama ada ia besar ataupun kecil, dengarkan kata hati dengan teliti. Berikan jawapan yang jujur pada setiap soalan yang bermain di fikiran ataupun pilihan pada setiap persoalan yang bermain di fikiran ataupun pilihan yang perlu di buat. Jangan lupa untuk memberitahu orang di sekeliling anda tentang hasrat dan keinginan anda juga. Biarkan orang lain menjaga diri mereka sendiri. Adakalanya anda berlebihan dalam menjaga keperluan orang lain. Belajarlah untuk tidak mendesak diri sendiri. Biarkan orang lain bertanggungjawap ke atas diri mereka sendiri. Lakukan senaman mengikut kehendak anda. Pilihlah senaman yang boleh anda lakukan dengan selesa. Jangan paksa diri melakukan senaman hanya kerana mengikut suruhan orang lain. Berikan masa untuk diri sendiri. Berhiburlah pada waktu cuti yang teratur sepanjang tahun. Apabila anda berasa stress, ambillah cuti hujung minggu yang panjang. Memperuntukkan waktu untuk reakreasi akan membuatkan anda lebih bahagia dan lebih bersemangat.