Produk Wanita | Jom Beli

Troli Pembelian Anda

Your Cart is currently empty.

You are here: Utama Tip dan Petua 12 Tip Selamat Di Bilik Air.

12 Tip Selamat Di Bilik Air.

Email
bathroomJangan memasang lampu jenis ubah suai atau gantung di bilik air kerana khuatir terkena percikan air. Jika mahu memasang lampu di bilik air, pastikan tangan kering. Seeloknya pasang mentol bersama penebat kerana bukan saja menutup bahagian logam tetapi melindungi mentol. Jangan sesekali menggunakan pencahayaan suram dalam bilik mandi bagi mengelakkan kemalangan akibat kurang cahaya. Jauhkan punca elekrtik daripada sumber air. Pasang lampu kecil dalam kabinet menyimpan peralatan membersihkan diri bagi mengelakkan daripada tersalah ambil terutama di malan hari. Pisahkan ruang kering yang merangkumi kabinet menyimpan peralatan mandi, sink dan tandas dengan ruang basah menempatkan tempat mandi dan rak tuala bagi mengurangkan risiko tergelincir. Letak alas kaki di luar bilik air bagi mengelakkan tergelincir jika keluar dengan kaki yang masih basah. Jika lantai dalam bilik air licin, gunakan pelapik getah yangmembenarkan laluan air sebagai pelapik lantai. Pastikan lantai bilik kering terutama selepas digunakan bagi mengelakkan orang yang bakal menggunakan tergelincir. Jika menggunakan tirai sebagai pelindung tab, pastikan dimasukkan kedalam tab ketika mandi supaya renjisan air mandi tidak mengalir ke lantai. Sediakan bangku kecil terutama bilik air digunakan oleh kanak-kanak bagi meninggikan kedudukan mereka supaya dapat menggunkan sink dengan selesa. Jika bilik air digunakan golongan tua, pastikan rel dipasang pada dinding bagi memudahkan mereka berpaut.