Tidak kira sama ada anda memilih apa jua jenis cincin, langkah penjagaan hampir sama. Pastikan anda mencuci cincin sekurang-kurangnya sebulan sekali. Caranya adalah dengan mencampurkan sabun dalam air panas dan masukkan barang kemas tersebut. Biarkan sehingga air menjadi suam sebelum barang kemas tersebut diangkat. Kemudian, berus perlahan dengan berus gigi. Bilas dengan air sejuk dan biar kering. Biarkan cincin anda kering sebelum disimpan atau dipakai kembali. Jangan simpan emas dan emas putih dalam satu kotak yang sama. Ini kerana ia akan mengakibatkan emas putih hilang kilauannya. Simpan barang kemas anda di dalam bekas cincin atau kain yang mempunyai tempat khas di dalamnya. Jika tidak, balut terlebih dahulu cincin anda dengan tisu bersih sebelum disimpan. Cara ini juga dapat mengurangkan risiko cincin anda tercalar akibat geseran dengan barang kemas yang lain. Tanggalkan cincin emas putih anda sebelum berenang atau melakukan kerja rumah seperti membasuh pakaian dan pinggan. Ini kerana emas putih sangat sensitif kepada bahan kimia yang berlebihan. Jika dibiarkan lama kelamaan ia boleh mengakibatkan warnanya bertukar kekuningan.
Tip penjagaan cincin.