Warna ini mungkin 'hot' tetapi ia tidak semudah itu untuk memakainya. Tersilap memilih, penampilan akan nampak kusam dan hambar. Berikut adalah cara terbaik untuk membantu anda kelihatan cantik dengan kelabu. Tambahkan sinaran pada warna kelabu yang anda pilih. Pilihlah dengan sedikit hiasan metalik atau manik. Fabrik satin adalah antara kelabu yang cantik untuk anda jelmakan dalah perhiasan begini. Untuk gaya anggun, padankan warna kelabu dengan hitam atau putih. Ataupun, padankan dengan kelabu juga tetapi kumpulan yang berlainan. Mungkin kelabu yang terang atau gelap sedikit daripada apa yang anda pilih. Tambahkan aksesori yang mampu menaikkan seri penampilan anda misalnya perhiasan emas dengan tona 'ruby', ungu atau 'cobalt'. Semua ini nampak mewah dengan kelabu. Kabanyakkan wanita cantik jika memilih warna kelabu pada jaket atau seluar berbanding memilihnya pada baju atau tudung (yang lebih menghampiri wajah mereka). Dalam memilih kelabu juga, pilihlah yang berpotongan feminin dan kontemporari. Usah memilih potongan yang asas kerana ia membosankan penampilan. 'Swing jacket', seluar berpotongan lebar atau gaun pendek satin semuanya cantik dalam rona kelabu. Gunakan aksesori untuk menambah warna pada penampilan anda. Pilihlah beg atau kasut keemasan ataupun perhiasan daripada kulit binatang.
Bergaya dengan 3 warna popular - KELABU.