Warna merah terbahagi kepada banyak kategori bermula daripada merah jambu lembut dan juga merah keunguan. Ada merah yang menjadikan anda cantik dan ada juga yang menjadikan anda tidak bermaya. Ada pelbagai cara untuk menjadikan anda cantik dengan warna ini. Berikut adalah enam kategori kulit dengan pilihan merah yang sesuai. Kulit Cerah. Jika anda berkulit cerah, mempunyai warna rambut keperangan dan mahu memakai kanta lekap warna biru atau hijau, anda perlu memilih merah yang mempunyai unsur kebiruan. Merah yang bercampur sedikit warna jingga tidak sesuai sama sekali dengan anda. Rambut Coklat. Jika rambut anda berwarna coklat pula, pilihlah warna merah yang terang dan gelap. Untuk anda, merah kebiruan juga adalah pilihan terbaik dan jauhi warna merah yang mempunayi sentuhan kekuningan. Kulit Kekuningan. Jika anda mempunyai kulit putih kuning, warna merah yang terbaik untuk anda ialah merah dengan campuran jingga. Merah sebegini sangat sesuai dan ia menyempurnakan warna kulit dan rambut anda. Jauhi sama sekali warna merah kebiruan. Rambut Putih. Jika rambut anda sedikit kelabu atau putih, lebih baik anda memilih warna merah keunguan dan merah kebiruan. Anda tidak sesuai mengenakan warna merah dengan sentuhan jingga. Rambut Hitam. Kalau rambut anda hitam pekat pula, anda sangat cantik mengenakan warna merah terang seperti merah peti surat. Perlu diketahui yang warna merah sebenarnya sesuai dengan semua jenis kulit dan warna rambut. Yang paling penting ialah kebijaksanaan dalam memilih. Paling penting, warna merah yang dipilih haruslah mampu meningkatkan seri diri dan bukannya menenggelamkan anda.
Bergaya dengan 3 warna popular - MERAH.