Produk Wanita | Jom Beli

Troli Pembelian Anda

Your Cart is currently empty.

You are here: Utama Tip dan Petua Bergaya dengan 3 warna popular - KUNING.

Bergaya dengan 3 warna popular - KUNING.

Email
yellowRamai yang takut memilih warna kuning dengan pelbagai alasan berbeza. Sebenarnya anda boleh memakai warna kuning walaupun anda merasa tidak yakin untuk mengenakannya. Berikut kami berikan panduan untuk anda tampil cantik dengan warna ini walau apa pun warna kulit anda. Pilih jenis kuning yang betul. Walaupun anda tidak sesuai mengenakan warna kuning yang sedang popular, sebenarnya ada kumpulan warna kuning yang cantik untuk anda gayakan. Jika anda mempunyai warna kulit yang gelap dan berambut hitam, anda cantik mengenakan warna kuning terang. Jika rambut anda keperangan, pilihlah warna kuning yang lembut sedikit. Untuk mengetahui warna kuning yang cantik untuk anda, pergilah ke gedung fabrik dan eksperimen dengan pelbagai jenis warna kuning yang ada di situ. Dekatkan warna kuning pada wajah. Percayalah, ia pasti menyeronokkan!. Pilihlah aksesori berwarna kuning. Jika anda telah puas mencuba dan tidak ada satupun yang sesuai untuk anda, pilihlah pelbagai aksesori yang berwarna kuning. Anda boleh mengenakan beg tangan kuning ataupun kasut kuning. Sebagai cadangan, anda boleh memakai kasut kuning dengan pakaian yang berwarna gelap misalnya hitam atau  biru laut untuk penampilan yang menyegarkan. Kenakan dengan warna lain yang agak lembut. Anda mungkin tidak berani mengenakan warna kuning begitu sahaja. Cara terbaik, anda boleh memadankannya dengan warna-warna yang lain yang lebih lembut misalnya warna coklat muda. Kalau masih  tiada jawapan, gabungan warna hitam juga sudah memadai. Serlahkan kulit anda. Kalau anda baru pulang dari pantai dan kulit anda terbakar dengan sinaran matahari, waktu ini adalah waktu terbaik untuk anda mengenakan warna kuning. Kenakanlah blaus kuning yang anda simpan dalam almari selama ini.