Produk Wanita | Jom Beli

Troli Pembelian Anda

Your Cart is currently empty.

You are here: Utama Tip dan Petua Bagaimana caranya memancing selera untuk menikmati sayur-sayuran.

Bagaimana caranya memancing selera untuk menikmati sayur-sayuran.

Email
sayurBawang. Cara paling mudah adalah memasak sayur-sayuran dengan cara menumis. Gunakan minyak zaitun atau minyak berkolestrol rendah untuk menumis dan jangan lupa untuk memasukkan sekali bawang putih. Aroma bawang putih yang memikat boleh meningkatkan selera makan. Sebagai bonus, bawang berperanan sebagai anti barah. Apa yang penting, elakkan menumis terlalu lama bagi memastikan kandungan nutrisi dalam sayur-sayuran yang dimasak tidak hilang. Versi Mini. Sebahagian sayur-sayuran yang ada di pasaraya mempunyai bentuk yang lebih kecil. Sebagai contoh lobak, jagung dan kacang buncis. Sayur-sayuran bersaiz mini ini mempunyai rasa yang sedikit berbeza iaitu lebih lembut dan manis. Saiznya memudahkan ia dikunyah dan ditelan, selain rasanya yang lebih enak. Topping. Beberapa jenis sayur boleh dipadankan dengan beberapa pilihan topping seperti keju, minyak zaitun, mayonis atau lada hitam. Ramuan tambahan ini mampu menyedapkan lagi sayur-sayuran yang dimasak seterusnya memancing selera. Anda boleh memilih sama ada mahu menaburkan parutan keju di atas brokoli, bayam atau sayur-sayuran hijau lain. Gunakan pula minyak zaitun sebagai dressing pada salad. Suai Padan. Anda boleh juga menggandingkan sayur-sayuran dengan bahan masakan lain sehingga rasa sayur-sayuran itu tidak menjadi ketara. Caranya, masukkan potongan lobak atau kacang buncis ke dalam telur dadar. Selain itu, anda juga boleh menghasilkan sup sayur dengan potongan daging ayam. Cuba juga masukkan bayam yang telah digiling halus kedalam adunan muffin untuk kelainan.