Hendak sentiasa aktif tetapi malas? Kalau begitu, cuba dapatkan seorang rakan yang sama-sama minat untuk bergerak aktif seperti anda. Anda boleh membina rangkaian ini sama ada di gimnasium, lokasi anda sering bersenam ataupun teman sepejabat. Memang cara ini agak menjengkelkan terutama jika anda tidak mahu bersenam waktu itu. Tetapi, mempunyai teman berkongsi minat dan aliran secara tidak langsung membantu anda sentiasa beringat dan sentiasa memberikan motivasi walaupun ketika semangat anda benar-benar merundum.
Dapatkan Rakan Satu Gimnasium.