Tidak salah jika tiba-tiba tekak berasa ingin menikmati sebiji burger yang enak kala anda masih dalam proses berdiet. Nikmatilah dengan kadar kuantiti yang sesuai agar tidak menjejaskan diet pemakanan anda. Jika anda ingin membeli burger, pastikan memilih daging yang isinya berwarna agak gelap. Hindari yang berwarna merah muda. Ini kerana daging yang berwarna seperti ini menandakan bahawa lemaknya sudah meresap jauh kedalam daging. Bermakna ia sangat tidak bagus untuk sistem pencernaan badan anda.











