Jangan salah faham. Bukan pil tetapi sup sayur. Tahukah anda, sup sayur mengurangkan tekanan perasaan. Sup sayur di percayai mampu menguatkan sistem imun tubuh kerana ia kaya dengan vitamin C. Apa kata anda masak sendiri sup sayur anda, pilihlah sayur yang tinggi anti oksidan seperti tomato, brokoli, bawang merah dan tumislah sup anda menggunakan minyak zaitun. Yang lebih baik lagi sup sayur dapat meneutralkan radikal bebas yang mengakibatkan serangan kanser. Sudahlah sihat, badan pun langsing!.











