Sebagai wanita anda tidak perlu cepat melatah atau menganggap lelaki sebagai 'buaya' apabila melihat lelaki bersama dua wanita dalam tempoh dua minggu. Mengikut tinjauan yang dijalankan, alasan utama lelaki berbuat demikian kerana ingin mencari pasangan yang bersesuaian. Jadi beliau sanggup berusaha melebarkan sayapnya untuk mendapatkan belahan jiwa yang sepadan.











