Boleh dikatakan kaum wanita lebih berdisplin bila tiba soal pengambilan buah di dalam diet. Bagaimanapin kaum wanita seringkali menjadi terlalu 'kreatif' hingga adakalanya khasiat buah yang mampu membawa manfaat menjadi sebaliknya. Wanita memang lebih suka memakan buah berbanding kaum lelaki tetapi cara makan golongan wanita ini kadang-kadang salah. Contohnya makan buah dengan asam atau kuah rojak yang pastinya akan menambahkan kalori dalam sajian buah itu. Kalau minum juas buah pun di nasihatkan anda minum jus segar tanpa tambahan gula kerana setiap buah ada rasa manisnya yang tersendiri. Selain itu, rakyat malaysia lebih menggemari buah yang rangup dan manis tetapi tidak bagi mereka yang tinggal di negara yang mempunyai empat musim di mana mereka lebih menggemari buah jus dan agak masam.











