Kopi antara minuman paling mudah hilang kesegarannya kerana faktor waktu, udara, suhu panas dan cahaya yang mampu menghilangkan rasa kesedapannya. Untuk memastikan rasa kopi harus dan segar simpanlah kopi di tempat tertutup dan letakkanlah di tempat dingin dan kering, dengan suhu sekitar 5 darjah celcius. Elakkan meletakkan kopi ini di tempat panas sepeti oven dan sebagainya. Namun jangan pula menyimpan kopi didalam peti sejuk kerana kejutan suhu yang dialaminya. Jika tiada bekas khas, biarkan kopi dengan suhu bilik terlebih dahulu sebelum diminum. Perubahan suhu yang terjadi menyebabkan kelembapan sehingga mempengaruhi kualiti kopi.











