Rasanya anda tahu perkara ini. Perbuatan membasahkan bibir dengan air liur adalah salah. Air liur yang kering dibibir sebenarnya akan mengeringkan lagi pelembap semula jadi di bibir anda. Hasilnya bibir yang lembap hanya seketika. Sudahnya, ia akan menjadi pucat dan bertambah kering.
- Jika bibir anda mengalami alahan, gunakan krim bibir sebelum menyapu gincu. "vaseline" adalah antara produk yang diyakini. Kekerapan bergincu biasanya mudah membuatkan bibir anda cepat kering dan hilang lembapan semulajadinya.
- Bibir juga memerlukan vitamin yang cukup untuk memastikannya kekal sihat. Oleh itu,banyakkan mengambil makanan yang berkhasiat terutamanya buah dan sayur.
- Jika bibir anda terluka atau mengelupas, jangan mengenakan pengilat bibir rumusan pudina.walaupun ia sejuk, tindakan itu hanya akan menambahkan rasa luka dan pedih. Akibatnya keadaan bibir akan menjadi lebih serius.
- Jangan mengambil alkohol. Alkohol bukan saja menerbitkan bau yang tidak enak pada mulut, bahkan ia akan mengeringkan bibir dan mengusamkan warnanya.
- Untuk membantu mengekalkan bibir yang sihat dan kuat, pilihlah gincu yang bervitamin. Sekarang ini banyak pilihan gincu yang mempunyai pelbagai khasiat vitamin E,A dan C. Tidak dinafikan,gincu seperti ini agak mahal harganya tapi apalah sangat demi mendapatkan bibir yang mekar.Bak kata orang,alah membeli menang memakai.
- Air,air dan air. Minumlah banyak air kerana apabila kurang bibirlah tempat pertama dibahagian tubuh yang menunjukkan hasilnya. Air putih mengimbangi kadar lembapan dalam tubuh.
- Selepas mencuci solekan dan sebelum tidur,sapukan balm bibir.Jika kamu berada ditempat yang sejuk,sapulah balm bibir ini dengan lebih kerap.
- Madu juga alternatif terbaik meningkatkan lembapan semulajadi pada bibir. Sebelum tidur,sapukan madu pada seluruh permukaan bibir. Tapi awas! pastikan madu anda asli, kalau tidak bersedialah untuk melihat sarang semut dibibir anda keesokan harinya.
- Elakkan perbuatan menggigit bibir walaupun wanita gemar melakukannya (mungkin untuk dilihat lebih comel). Tabiat ini akan membuat lapisan kulit mengelupas.
- Segera padamkan kesan gincu sebaik sahaja anda sampai kerumah. Gunakan air yang banyak dan pencuci solekan untuk memastikan sisa gincu benar-benar terpadam. Jangan sesekali membiarkan ia kering sendiri tanpa cucian yang sempurna.
- Sesekali gunakan penyental muka yang lembut untuk membersihkan bibir dengan lebih sempurna. Tidak perlu dilakukan selalu. Dua kali seminggu sudah memadai kerana kelenjar minyak dan sel mati pada bibir akan terhapus secara semulajadi.
- Elakkan menggunakan ubat gigi yang pedas dan dingin. Jika kerap mengenai bibir,kesegaran bibir akan terganggu.
- Kalau anda berhajat untuk mengenakan pelbagai gincu dalam satu masa, pastikan jenamanya sama. Gincu yang berbeza menyebabkan warna ini tidak bercampur. Ia mungkin bergumpal dan tidak bereaksi, akibatnya bibir pasti kering,mengelupas dan cedera.
- Dalam memilih warna gincu, pililah warna gelap misalnya coklat. Ia sesuai dipakai siang mahupun malam. Warnanya tidak nampak berat dan anda boleh membawanya ke mana sahaja.
- Rokok? Tak Nak! ingatlah seruan kerajaan. Merokok selain mencacatkan penampilan anda, ia juga tidak baik untuk kesihatan. Bahan kimia pada rokok akan menerbitkan warna hitam pada bibir sekaligus menjadikan warna asal bibir tidak bermaya.
- Semasa ingin mencuci gincu, gunakan kapas tisu yang lembut dan sapukan dengan perlahan tanpa menyental.
- Satu petua mudah dan murah untuk mencantikkan bibir ialah menyapukan ubat gigi lembut atau merjerin sebelum anda tidur.
- Akhir sekali, kalau anda berhajat ingin meghadiahkan kucupan pada sidia, jangan lupa memakai balm bibir terlebih dahulu. Pakailah sebelum mengenakan gincu.Dengan ini kucupan yang diberi terasa lebih lembut dan gebu.













